so sweet

so sweet

Sunday, 26 February 2012

Jumaat-Penuh Keberkatan Dalam Islam


Penghulu Segala Hari

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: 

“Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

 Hari Jumaat seperti yang kita semua sudah maklum merupakan penghulu segala hari. Kalau di dalam Bahasa Arab ia disebut “Saiyidul Aiyam: سيد الأيام”.

Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 

1)  Allah ciptakan Adam 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi
3) Allah mematikan Nabi Adam
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon          sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)


Dari segi pernikahan pula :

Pada hari Jumaat Allah SWT menciptakan Nabi Adam dan Hawa, kemudian pada hari itu juga Allah mengahwinkan mereka. Maka barangsiapa yang mengadakan akad Nikah hendaklah dilaksanakan pada hari Jumaat.
Sebahagian Ulama berkata : Telah terjadi 7 Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jumaat, iaitu :

1. Pernikahan antara Adam as dengan Hawa,
2. Pernikahan antara Yusuf as dengan Zulaikha,
3. Pernikahan antara Musa as dengan Shafrawa,
4. Pernikahan antara Sulaiman as dengan Balqis,
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah,

7. Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.
InsyaAllah, nanti nak bernikah hari Jumaat juga la.. Semoga rumahtangga mendapat keberkatan Allah SWT.. ;)
Selain itu, menurut Imam Sayuti :
1. Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
4. Api neraka tidak menyala.
5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.
Begitu besar keberkatan hari Jumaat dalam Islam. Begitu di muliakan hari Jumaat dan sewajarnya ia turut di muliakan oleh umat Islam. Wallahu Alam...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...