so sweet

so sweet

Sunday, 26 February 2012

Luahan Hati Suami..??

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”

                                                     Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah





Sebenarnya, topik ini di petik dari sebuah buku iaitu "Fahamilah Perasaanku-30 Luahan Hati Suami. Aku tertarik dengan topik ini kerana tidak semua orang yang telah bergelar isteri tahu akan perasaan suaminya. 
Walaupun aku masih belum mempunyai suami, apa salahnya jika mempunyai pengetahuan mengenai kewajipan seorang isteri untuk mentaati suaminya. Mungkin dengan sedikit ilmu yang ada, dapat di gunakan di masa akan datang apabila sudah berumah tangga nanti.. ;) Daripada apa yang telah aku baca, menjaga hati suami ini sangat penting dan menjadi kewajipan bagi seseorang isteri untuk mentaati suami.

Nabi saw. bersabda,

 “Dan sebaik-baik wanita(isteri) ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Berbalik kepada topik asal, terdapat banyak luahan hati suami yang di tujukan kepada isteri. Jika timbulnya luahan tersebut, maka ini bermakna suami menginginkan isteri mereka agar memahami apa yang di rasakan oleh mereka dan wajiblah untuk si isteri menjaga perasaan dan hak suami. 

Antara luahan perasaan hati suami :

Luahan 1 “Isteriku, Iktiraflah Kelelakianku”
Luahan 2 “Isteriku, Jagalah Rumahku”
Luahan 3 “Isteriku, Janganlah Leteri Aku”
Luahan 4 “Isteriku, Fahamilah Perasaanku”
Luahan 5 “Isteriku, Berbincanglah Denganku”
Luahan 6 “Isteriku, Hiasilah Dirimu”
Luahan 7 “Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku
Luahan 8 “Isteriku, Hargailah Pemberianku”
Luahan 9 “Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak”
Luahan 10 “Isteriku, Jagalah Makan Minumku”
Luahan 11 “Isteriku, Jagalah Pakaianku”
Luahan 12 “Isteriku, Didiklah Anak-anakku”
Luahan 13 “Isteriku, Raikan Keluargaku”
Luahan 14 “Isteriku, Sembunyikanlah, Kepintaran dan Kelebihanmu”
Luahan 15 “Isteriku, Janganlah Membuang Masamu”
Luahan 16 “Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah”
Luahan 17 “Isteriku, Patuhlah Kepadaku”
Luahan 18 “Isteriku, Janganlah Cemburu Buta”
Luahan 19 “Isteriku, Tunjukkanlah Sifat Sabarmu”
Luahan 20 “Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku”
Luahan 21 “Isteriku, Bantulah Kejayaan Kerjayaku”
Luahan 22 “Isteriku, Jadikan Anak-anakku -Insan Berakhlak Mulia”
Luahan 23 “Isteriku, Permudahkan Penglibatan Sosialku”
Luahan 24 “Isteriku, Janganlah Boros”
Luahan 25 “Isteriku, Hargailah Kejayaanku”
Luahan 26 “Isteriku, Galakkanlah Hobiku”
Luahan 27 “Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelekku”
Luahan 28 “Isteriku, Berjimat Cermatlah”
Luahan 29 “Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku”
Luahan 30 “Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku!“


Nabi saw. bersabda,

 "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". 
(HR Ahmad)

Jadi ingatlah wahai kaum wanita, peliharalah perasaan suami anda, nescaya anda akan mendapat keberkatan ALLAH SWT. Semoga aku dapat menjadi seorang isteri yang mentaati suamiku.

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu 
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami... Aminn..

-Wallahu Alam-



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...