so sweet

so sweet

Tuesday, 21 February 2012

Penyeri Duniawi~




Daripada Abdullah bin Amr r.a., katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Dunia merupakan keseronokan yang bersifat sementara
dan keseronokan yang paling baik di dunia ialah
wanita yang solehah."
(Riwayat Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Empat perkara yang di kurniakan kepada seorang bererti, 
ia telah di kurniakan kebajikan di dunia dan akhirat:
hati yang bersyukur,
lidah yang berzikir,
badan yang sabar menerima cubaan dan
isteri yang tidak ingin berbuat derhaka terhadap dirinya sendiri 
dan terhadap harta suaminya."
(Riwayat at-Tabrani)

Daripada Abu Amamah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa
kebaikan selepas takwanya kepada Allah s.w.t lebih daripada
isteri yang solehah.
Jika di suruh oleh suami, ia taat,
jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkan,
jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan
jika ditinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan
menjaga hartanya."
(Riwayat Ibn Majah)


Daripada Abu Hatim al-Muzani r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Apabila kamu didatangi seseorang yang kamu berkenan dengan agama dan
akhlaknya, maka kahwinkanlah dia.
Jika tidak, akan berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi ini."
(Riwayat Tarmidzi)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...