Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita manusia yang wajib kita syukuri dan hargai. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan pada kemuadian hari.
Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami tumpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi.
(Surah Al-A’raaf 7:96)
Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami tumpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi.
(Surah Al-A’raaf 7:96)
Gunakan sebaik-baik kurniaan Allah SWT kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan juga lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat.
Kita hidup hanya sekali. Ingatlah bahawa 'Sekali pergi takkan kembali'. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali- kali.........
Renungan bersama untuk diri sendiri dan juga sahabat sekalian...
~Wallahu Alam~
No comments:
Post a Comment